Terma dan Syarat
Terma & Syarat
TERMA & SYARAT JUAL BELI
· Setiap pembelian yang dibuat bermaksud Anda telah "lock" barang kemas tersebut pada harga yang ditawarkan ketika itu.
· Kami hanya membenarkan ia di lock sehingga 48 jam sahaja untuk kekalkan tempahan anda pada harga tersebut.
· Sebaik bayaran dibuat baik secara memasukkannya ke dalam mesin pendeposit mahupun secara online (atas talian seperti M2U, CIMBClicks, Bank Islam, Hong Leong atau mana-mana perbankan di Malaysia), satu emel notifikasi akan dihantar dari tempahan@emasamir.com sebagai bukti tempahan yang telah berjaya dibuat.
· Anda mesti membuat bayaran penuh dan menghantar bukti pembayaran kepada tempahan@emasamir.com atau perniagaanemasamir@gmail.com dalam tempoh kurang daripada 48 jam.
· Setiap pembelian di kedai Emas Amir adalah bermaksud Anda akur dan bersetuju dengan terma dan syarat kami serta tertakluk kepada Dasar Privasi kami.
BELIAN SECARA ATAS TALIAN
Semua belian secara atas talian harus disertakan dengan akad Jual Beli seperti ini:
"Saya bersetuju untuk beli emas dari kedai Emas Amir dengan nilai RM (sebut harga yang dibayar)"
Anda akan menerima emel tempahan yang telah dibuat dari pihak kami sebaik tempahan diterima masuk ke dalam sistem kami.
Sekiranya tiada sebarang emel notifikasi diterima, mohon maklumkan kepada tempahan@emasamir.com atau perniagaanemasamir@gmail.com untuk tujuan semakan dan tindakan dari pihak kami.
Sebaik bukti bayaran dan bayaran telah diterima ke dalam akaun, kami akan menghantar emel pengesahan beserta akad kami sebagai Penjual kepada Anda (Pembeli) seperti ini:
"Kami telah pun menerima bayaran sebanyak RMxxx dari pihak Tuan dan maka dengan ini kami jual emas ini kepada Anda"
Bersama emel tersebut, nombor jejak Poslaju juga akan disertakan untuk tujuan rujukan semakan yang boleh dilakukan di laman Poslaju/Track-and-Trace ini atau bagi yang menggunakan J&T semakan terus boleh dibuat di laman J&T Tracking
Sebarang kelewatan dari pihak Poslaju/J&T/atau mana-mana pihak kurier adalah di luar kawalan kami. Namun, kami bersedia untuk membantu anda untuk menjejak item Anda sekiranya item tidak diterima dalam tempoh kurang dari 4 hari bekerja.
WAKTU OPERASI JUALAN & PENGHANTARAN
Kedai atas talian beroperasi 24-jam sehari. Anda bebas untuk membuat tempahan bila-bila masa, namun tertakluk kepada stok item yang ditawarkan mengikut sistem tempahan terawal, pembayaran terawal adalah keutamaan kami.
PROSES TEMPAHAN, BUNGKUS & HANTAR
Setiap tempahan yang telah diterima bayaran akan diproses seawal mungkin atau kurang dari tempoh 48 jam hari bekerja. Semua item akan dihantar menggunakan perkhidmatan Poslaju/J&T/NinjaVan atau-atau kurier yang bersesuaian di kawasan Anda.
Waktu tamat harian untuk pemprosesan tempahan dan pos adalah pada jam 12.30 tengah hari. Semua tempahan selepas 12.31 tengah hari akan dibuat pada keesokannya seiring dengan pembukusan dan penghantaran item ke pihak kurier.
Ini bermaksud,
Bagi kes pengeposan pada hari yang sama:
Situasi A:
Jelita membuat tempahan pada jam 10 pagi, dan membuat bayaran pada jam 11 pagi dan emel kami slipnya, maka kami akan proses dan membuat penghantaran pada hari yang sama in shaa Allah setiap hari kecuali Jumaat & Sabtu.
Situasi B:
Jelita membuat tempahan pada jam 10 pagi, dan membuat bayaran pada jam 10 pagi, tetapi emel slip bayaran kepada kami pada jam 2 petang, maka kami akan berusaha untuk proses dan pos item pada hari yang sama.
* Kebiasaannya kami akan akan pos selepas jam 3 petang. Namun, juga tertakluk kepada perubahan jadual kami yang padat.
Dinasihatkan, emel terus ke tempahan@emasamir.com atau perniagaanemasamir@gmail.com sebaik selepas bayaran dibuat.
Bagi kes pengeposan pada hari berikutnya:
Situasi C:
Jelita membuat tempahan pada jam 10 pagi, namun membuat bayaran pada jam 2 petang tetapi emel slip bayaran kepada kami pada jam 4 petang. Maka, kami akan proses dan pos itemnya bersama dengan tempahan esoknya.
KONDISI ITEM DISEMAK SEBELUM DIPOS
Untuk makluman Tuan/Puan, setiap item yang akan dipos PASTI akan disemak kondisinya, ditimbang beratnya dan di tag kepada pembeli yang berkenaan. Kami berusaha memastikan item yang dibeli berada dalam keadaan yang baik, cantik dan tiada kerosakan/patah cangkuknya sebelum dibungkus dan di pos.